Selasa, 10 Jun 2014

Kelahirannya anugerah buatku melepaskan rindu pada si dia

Hujung tahun 2011, aku X sangka pun yg aku ni tgh mengandung..balik dari kampung dan semasa berada di Sabah baru tau yg aku mengandung..hati ni rasa sgt gembira dan bersyukur..aku mengandung buat kali kedua..dari tahun 2010 org duk sibuk tanya aku dan suami bila nak dapat anak..stress sgt bila org asyik tanya..mesti pelikkan kenapa org sibuk tanya bila nak dpt anak sedangkan aku ckp tahun 2011 aku mengandung kali kedua..

Throwback...
2010 aku pernah melahirkan seorang puteri, siti Fatimah bt Ikmal..tp Allah lebih sayangkan dia..tanggal 9 Mac 2010 jam 11 malam, air ketuban ku pecah..masa tu usia kandungan genap 8 bulan..aku memang X rasa sakit..suami terus bawa ke hospital keningau..mmg aku nampak air muka suami ku panik..masa di hospital air ketuban masih keluar tp belum ada tanda2 sakit nak bersalin..doktor membuat ultrasound..doktor bgtau bayiku paru2 tidak matang..Jd aku akan disuntik ubat mematangkan paru2 bayi dlm kandungan ku..suntikan ini memerlukan 2 kali suntikan..jam 12 mlm suntikan pertama diberikan padaku..Next injection ialah pd 12 tengahari esok..selepas disuntik aku ditahan di wad..mmg aku xlena tidur..dalam jam 4 pg suamiku bawakan roti dan susu..mana tau nnti nak bersalin xde selera..tgh makan, aduhhh sakit..contraction dah berlaku..aku disorong menggunakan kerusi roda masuk dalam lif utk dihantar ke dewan bersalin..sampai di bawah suamiku dihalang utk menemani ku, alasannya kerana kami tidak mendaftar dlm program father friendly yg dianjurkan oleh pihak hospital..Jd aku bersendirianlah di dalam..ku kuatkan semangat, aku tau suami setia di luar..aku sakit X lama..aku dibaringkan dan disuruh 'push'..rasa dah penat sgt, nurse menolak ku daripada belakang supaya aku tidak jatuh baring kembali supaya bayi X tersedut masuk balik..aku dengar nurse memberitahu ku bayi tersekat di hidung, dia bg semangat supaya aku meneran untuk mengelakkan bayiku lemas...ku kumpul tenaga, dengan sekali push ku dengar tangisan anakku..Ya Allah..alhamdulillah..menitis air mata..tapi anakku tidak dibaringkan di atas dada ku kerana dia memerlukan alat pernafasan disebabkan paru2 yg tidak matang..aku masih di dalam dan suami mengazankan dan iqamahkan anak kami yg dipengsankan dan diletakkan dalam incubator..cukup sifatnya, putih gebu, hidung mancung, bibir merah dan lebat bulu keningnya..sungguh sempurna..suamiku menamakannya Siti Fatimah sebaik saje dia mendengar tangisan anak kami dari luar dewan bersalin..Fatimah(yg belum menyusu maknanya; seperti dia yg xdapat menyusu setitik pun susu ku kerana perlu dipengsankan utk dibantu pernafasannya)

10 Mac 2010; 9.00 mlm
Doktor memanggil aku dan suami ku..kami diberitahu anak kami 50/50..kritikal..tekanan darah tidak stabil..ada jangkitan kuman..berderai air mata..ku lihat suamiku masih lg dpt mengawal perasaanya..aku dibenarkan masuk ke bilik rawatan itu..kami bergilir2 masuk..dua hos dimasukkan di hidung, 1 dimulut, 1 disuntik di kaki dan 1 di tangan..aku kawal air mata bila di sisi siti Fatimah..aku mau dia pun kuat melawan semua ini..suami menyuruh aku baringkan badan utk berehat..aku tertidur dan tiba2...

11 Mac 2010; 1pagi
Aku tertidur dan tiba2 terdengar bunyi.. Ttttiiiiiiiiitttt...tersentak dan terpikir..anak aku ke??? Jantung anak aku ke yg berhenti..nurse memberitahu sesuatu pd suami..suami mengajak aku melihat jasad anak kami yg sudah pergi mengadap penciptanya..aku tidak dpt pergi, ku suruh suami yg pergi tgk dahulu..ku lihat suami lu xdpt menahan air matanya..itulah kali pertama aku lihat dia mengalirkan air mata..selepas tu suami menyorong kerusi roda membawa aku melihat anakkiu..ku sentuh badannya, masih panas..

Siti Fatimah.. Damailah sayang di sana..umi dan abi gembira dan bersyukur walaupun dipinjamkan kamu hanya selama 19jam sahaja..kenangan mengandungkan kamu satu anugerah yg sgt bernilai..sudah 4 tahun Siti Fatimah meninggalkan kami..al-fatihah..

Dan sekarang Siti Ameena lah tempat aku dan suami melepaskan rindu pada siti Fatimah..siti Ameena la pengubat rindu kami pada Allahyarhamah..rupa siti Ameena pada awal kelahirannya sama dgn rupa kakaknya..pertama kali memandangnya selepas melahirkannya, Ya Allah.. Kau gantikan kembali puteri kami..30 julai nanti akan genaplah 2 tahun usia siti Ameena..sekarang banyak dah dia belajar..mulut pot pet pot pet xberhenti bercakap..berlakon.. Menyanyi..sgt terhibur dgn gelagatnya..aku sentiasa cerita tentang kakaknya,  siti Fatimah padanya..kalau ditanya siapa nama kakak, Fatimah dia jawab..hehe..kami beruntung dikurniakan 2 orang puteri ini..







"Allah tidak akan mengambil sesuatu tanpa menggantikan dengan yg lebih baik"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan