Khamis, 18 September 2014

kumpulan darah

Assalamualaikum...
Pernah cek kumpulan darah anda tak???
Anda kumpulan darah apa? Saya kumpulan darah O..kumpulan darah O ni pemurah.. Hehhe..nak tau kenapa? Nanti kite story2 yer..

Sebenarnya manusia ada 4 kumpulan darah; A, B, AB dan O. Bukan semua orang boleh menerima darag yang didermakan oleh seseorang individu tau.. Kerana kumpulan darah2 tertentu hanya boleh menerima kumpulan darah tertentu sahaja. Sama juga jika ingin menderma darah. 


Kumpulan darah A hanya boleh menderma darah kpd kumpulan darah A dan AB shj dan menerima darah daripada kumpulan darah A dan O shj. Kumpulan darah B hanya boleh menderma darah kpd kumpulan darah B dan AB dan menerima darah drpd kumpulan darah B dan O. Kumpulan darah AB hanya menderma darah kpd kumpulan AB shj tetapi dapat menerima semua kumpulan darah A, B,  AB dan O. Jadi kumpulan darah AB digelar penerima universal. Kumpulan darah O boleh menderma darah kpd semua kumpulan darah tetapi hanya dapat menerima darah daripada kumpulan darah O shj. Jadi kumpulan darah O digelar penderma universal..sebab tu tadi saya bagitau kumpulan darah O ni pemurah..sbb dia boleh derma pd semua orang.hehee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan